|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 07/11/2019
JEMPUTAN LIPUTAN PROGRAM AHLI LEMBAGA PERKESO, DATO' NADZARUDIN ABDUL RAZAK BERSAMA MAJIKAN TERENGGANU PADA 07 NOVEMBER 2019
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Terengganu akan mengadakan program Inovasi baharu iaitu dalam pengurusan Surat Kelulusan Tender bagi majikan. Seramai 200 majikan dijangka akan hadir. Di samping itu, Anugerah Majikan Contoh dan Majlis Penyampaian Faedah PERKESO turut diadakan serta akan disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nadzarudin Abdul Razak, CEO Golden Pharos Berhad seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 7 November 2019
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Wisma PERKESO Negeri Terengganu, Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu
Program
8.30 pagi - 9.15 pagi: Kehadiran Tetamu & Sarapan Pagi
9.15 pagi - 11.00 pagi: Ceramah Proses Permohonan Surat Projek Oleh Kontraktor
11.00 pagi - 11.10 pagi: Kehadiran Tetamu Kehormat
11.10 pagi - 11.50 pagi:
Ucaptama & Pelancaran Inovasi: YBhg. Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak,
CEO Golden Pharos Berhad & Jawatankuasa Persatuan Majikan-majikan Malaysia
11.50 pagi - 12.15 tengah hari: Penyampaian Sijil Penghargaan Kontraktor Contoh & Penerima Faedah PERKESO
12.15 tengah hari - 12.45 tengah hari: Sesi 'press conference' Oleh Ahli Lembaga PERKESO bersama Pengarah Negeri
12.45 tengah hari - 1.15 petang: Lawatan ke Pejabat PERKESO oleh Tetamu Kehormat Diiringi Pengarah Negeri
1.15 petang - 2.15 petang: Persidangan Bersama Pengarah Timb Pengarah & Ketua Cawangan Pejabat PERKESO Negeri Terengganu
2.15 petang - 3.00 petang: Tetamu Kehormat Beredar ke Jamuan Makan tengah hari
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Mohd Sabri Bin Ramli
PERKESO Negeri Terengganu
Tel: 012-6122 847
-BERNAMA |
|
|
|
|
|