| 
|  |  |  |  
| 
| 
|  |  
|  |  
|  | 
Jumaat 08/11/2019PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019 
 
 736 PELAJAR ASNAF DARI 48 SEKOLAH DI LIMA LOKASI TERIMA MANFAAT
 Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan melaksanakan program AMAL Ihtimam Pendidikan - Jom Ke Sekolah iaitu sebuah inisiatif murni yang berhasrat untuk menyediakan kelengkapan persekolahan pelajar, khusus dari keluarga kurang berkemampuan, sebagai persediaan mereka memulakan sesi persekolahan tahun 2020.
 
 Melibatkan peruntukkan sejumlah RM312,800, program yang juga sebahagian daripada usaha tanggungjawab korporat Bank Islam ini dijangka akan memanfaatkan 736 orang pelajar dari 48 buah sekolah terpilih di lima wilayah seluruh negara.
 
 Acara Jom ke Sekolah ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Encik Mohd Muazzam Mohamed.
 
 Butiran majlis adalah seperti berikut:
 
 Hari/Tarikh: Selasa 12 November 2019
 
 Masa: 9:45 pagi - 3:30 petang
 
 Tempat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5,
 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
 
 Program
 
 8:30 pagi: Ketibaan murid-murid, guru dan tetamu jemputan
 
 9:00 pagi: Sesi pendaftaran
 
 9:45 pagi: Ketibaan tetamu khas dan rakan media
 
 10:00 pagi:Aluan pengerusi majlis
 
 :Bacaan doa
 
 :Ucapan oleh En. Mohd Muazzam Mohamed,
 Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad
 
 :Gimik Penyerahan 'Jom Ke Sekolah' AMAL Bank Islam
 
 :Sesi fotografi
 
 10:30 pagi : Sesi lawatan di KidZania
 
 12:30 t/hari: Jamuan tengah hari
 
 : Sesi lawatan diteruskan
 
 3:30 petang: Pelajar berkumpul
 
 : Majlis dijangka selesai
 
 
 SUMBER: Bank Islam Malaysia Berhad
 
 
 UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
 Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
 Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232
 
 Nama: Encik Omar Atin
 Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
 Faks: 03-2781 2998
 
 
 -BERNAMA
 
 
 |  
| 
 |  |  |  |  |