|
|
|
|
|
|
Isnin 11/11/2019
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM X-PLORE PERAK (MEDIA-FAM) SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA (MRTM) DEEPAVALI 2019, IPOH, PERAK
Dimaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2019 pada 16 November 2019 (Sabtu) bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh, Perak yang akan dirasmikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Datuk Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, Menteri Besar Perak.
Sehubungan itu, dalam menyemarakkan kempen Melawat Malaysia 2020, Kementerian ini bercadang untuk menganjurkan Program X-Plore Perak (Mega-Fam) yang melibatkan penyertaan rakan-rakan media, bloggers dan social media influencer untuk berkunjung dan dipandu serta membuat ulasan terhadap lokasi-lokasi pelancongan yang menarik, makanan, seni, budaya serta program-program yang menarik di sekitar negeri Perak. Program ini dianjurkan mulai 15 November hingga 17 November 2019 di Ipoh, Perak. Penginapan dan pengangkutan sepanjang X-Plore Perak akan disediakan oleh pihak Kementerian.
Program X-Plore Perak (Mega-Fam)
Hari/Tarikh : Jumaat-Ahad 15-17 November 2019
Masa : Rujuk Program (Lampiran)
Tempat : (Putrajaya-Ipoh, Perak) Media Trip Explore Perak
Oleh itu, Kementerian ini dengan penuh takzimnya, menjemput pihak media untuk menyertai dan menghadiri ke program tersebut. Borang maklum balas kehadiran dan atur cara lengkap lawatan seperti yang tertera di Lampiran. Maklum balas kehadiran selewat-lewatnya pada 11 November (Isnin) sebelum jam 12.00 tengahari. Tempat adalah terhad. Mohon kerjasama pihak media untuk sertakan saiz baju wakil yang hadir.
Sila klik di sini untuk LAMPIRAN
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menyertai dan membuat liputan Program X-Plore Perak (Mega-Fam) tersebut.
SUMBER: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, (MOTAC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Farah Shamin binti Mohd Azim Khan
Tel: 03-8891 7295 / 013-5548093
E-mel: farah.shamin@motac.gov.my
Nama : En. Mohd Fazil bin Wel
Tel : 03 8891 7190 / 012-3952469
E-mel : fazil@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|