ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 11/11/2019

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KEJOHANAN BOLING 2019 BERSAMA SELEBRITI, FINAS & PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Kejohanan Boling 2019 Bersama Selebriti, FINAS & PPZ-MAIWP.

Objektif kejohanan ini adalah sebagai medium dakwah secara santai bagi untuk mendekati golongan selebriti tentang zakat serta mengeratkan silaturrahim.

Program ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada selebriti akan menyertai kejohanan ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi.

Justeru, PPZ-MAIWP dengan sukacitanya ingin menjemput pihak wartawan dan jurugambar/video bagi membuat liputan kejohanan tersebut.

Berikut adalah butirannya:

Hari/Tarikh : Sabtu 16 November 2019

Masa : 4.00 petang

Tempat : Wangsa Bowl @ Wangsa Walk Mall, 53300, Kuala Lumpur



Table


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Kejohanan Boling 2019 Bersama Selebriti, FINAS & PPZ-MAIWP tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Norazlina Nordin
Tel : 019 728 3839

Nama : Puan Iylia Mardhiana
Tel : 019 550 6747

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.