Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Isnin 18/11/2019

SEMINAR "KEFAHAMAN ISLAM MENGENAI MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN MODEN"

Dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar "Kefahaman Islam Mengenai Makanan Sunnah dan Makanan Moden" pada ketetapan berikut:


Hari/Tarikh: Selasa-Rabu 19 & 20 November 2019

Masa: 8:00 pagi - 4:15 petang

Tempat: Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Sila Klik di sini untuk PROGRAM

Peningkatan masalah kesihatan yang berkait dengan makanan dan gaya hidup memberi isyarat bahawa masyarakat memerlukan pendidikan kesihatan dan pengetahuan pencegahan yang holistik bagi memperbaiki taraf kesihatan. Tidak dinafikan, perkembangan sains dan teknologi mutakhir turut menjadi penyumbang kepada pembangunan dan pembaharuan dalam industri makanan sekaligus memberi kesan kepada nilai kesihatan masyarakat. Oleh itu, masyarakat Muslim tidak hanya sekadar memastikan aspek halal haram, keselamatan dan kualiti sesuatu makanan malah perlu lebih peka dengan perkembangan sains dan teknologi semasa yang memberi pengaruh serta kesan kepada pengambilan makanan dan gaya hidup seseorang. Justeru penjagaan pemakanan dan kesihatan merupakan aspek penting untuk dititikberatkan dalam kehidupan manusia.

Seminar ini dianjurkan dengan tujuan untuk:

i. Membincangkan isu makanan yang mempunyai kaitan dengan isu kesihatan global

ii. Membentuk kefahaman dan kesedaran mengenai pengaruh perkembangan sains dan teknologi terhadap fungsi makanan yang menyumbang kepada kesihatan masyarakat awam

iii. Memberi panduan mengenai kritiria pemilihan makanan dan pemakanan yang berpandukan kajian sains terkini dan dititikberatkan dalam Islam.

UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
18 NOVEMBER 2019

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Seminar tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 03-6204 6329/017-366 1496

Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 03-6204 6330 / 013- 2288992

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.