|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 19/11/2019
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN DAN SIDANG MEDIA NATIONAL FRANCHISE EXPO (NFX) SABAH
Dimaklumkan bahawa Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan National Franchise Expo (NFX) Sabah bermula 22 sehingga 24 Nov 2019 bertempat di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini berobjektifkan untuk mempromosikan sektor perniagaan francais kepada masyarakat umum khususnya di Sabah.
Bersempena dengan itu, satu Majlis perasmian dan sidang media akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 23 November 2019
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Ruang Bawah, Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah
Tetamu Kehormat : YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Program
2.30 petang: Persembahan pembukaan
3.00 petang: Ketibaan jemputan dan media
3.45 petang: Ketibaan YBhg Datuk Muez Bin Abd Aziz
Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
4.00 petang: Ketibaan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
: Nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Sabah
: Bacaan Doa
: Persembahan jemputan
(SMART READER KIDS & KEMAS)
: Ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Dr. Hj Radzali Hassan
Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA)
: Ucapan perasmian oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
: Gimik Perasmian
: Lawatan ke ruang pameran
: Sidang Media
5.00 Petang: Jamuan ringan dan bersurai
Sila klik di sini untuk Kad Jemputan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Persatuan Francais Malaysia (MFA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nurul Ain
Tel: 011-29240213
E-mel: ain.mohamad@mfa.org.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|