|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 19/11/2019
JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA OLEH DYMM SULTAN MUHAMAD KE V PADA 20 NOVEMBER 2019
Dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Muhamad Ke V telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Hospital Sultan Ismail Petra seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 20 November 2019
Masa: 10.45 Pagi
Tempat: Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan
Tempat berkumpul: Ruang hadapan Lobi Hospital Sultan Ismail Petra
Untuk mengadakan liputan, pihak media dipohon mematuhi etika berpakaian seperti berikut:
Etika berpakaian: Lelaki - pakaian pejabat dan blazer / Perempuan - tertib dan sopan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi majlis perasmian tersebut.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Sukma Azura Che Ahmad
Tel: 016-322 5750
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|