|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 21/11/2019
JEMPUTAN MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) DAN ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)
Dimaklumkan bahawa YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama akan hadir bagi menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA).
Majlis berkenaan adalah seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 22 November 2019
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Nyatoh, Aras 11, Kementerian Industri Utama (MPI)
Untuk makluman, projek kerjasama di antara LGM dan IRDA ini merupakan salah satu komponen pembangunan Bandar Iskandar di Johor Darul Ta'zim, iaitu Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT). IMBRT dijangka dapat meliputi 90% kawasan populasi di Iskandar Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kementerian Industri Utama
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Hilmi Mohd Ali
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel: 016-2058311
Nama: Nur Atikah Mazlan
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Tel : 012-3975628
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|