|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 21/11/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PELANCARAN KEMPEN YEAR END ZAKAT (YEZ) 2019
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Year End Zakat (Y.E.Z) 2019.
Kempen YEZ 2019 bertujuan menyeru semua masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk segera menunaikan ibadah zakat mereka sebelum 31 Disember 2019. Pelbagai perkhidmatan istimewa disediakan oleh PPZ-MAIWP sepanjang Kempen Year End Zakat 2019 ini.
Majlis ini akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Syukri Yusoff. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ini, selebriti Nabil Ahmad dan Luqman Hakim.
Berikut adalah butirannya:
Hari/Tarikh: Khamis 28 November 2019
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Dewan Al-Qardhawi , Aras 7, Wisma PPZ MAIWP, Kuala Lumpur
PROGRAM:
10.30 am : Ketibaan tetamu
10.45 am : Ketibaan VIP
- Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Shukri Yusoff
- Selebriti Nabil Ahmad
- Selebriti Lukman Hakim
11.00 am : Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff
11.10 am : Gimik Pelancaran Kempen Year End Zakat 2019
11.15 am : Sesi Bergambar
11.25 am : Sidang Media
11.45 am : Jamuan Makan
12.30 pm : Majlis Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Pelancaran Kempen Year End Zakat (YEZ) 2019 tersebut.
SUMBER: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT - MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Iylia Mardhiana
Tel: 019-550 6747
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017-393 5432
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|