|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 25/11/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS ZAKAT KORPORAT 2019
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Zakat Korporat 2019.
Pada majlis tersebut 15 syarikat dan organisasi di Wilayah Persekutuan yang akan membuat penyerahan zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP.
Majlis akan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof. Turut hadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Yang Berbahagia Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Berikut adalah butirannya:
Hari/Tarikh: Isnin 2 Disember 2019
Masa: 11.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Masmera Ballroom 1 & 2, Hotel Everly, Putrajaya
PROGRAM
11.00 pagi : Ketibaan tetamu
12.00 tengah hari: Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
12.10 tengah hari: Aluan Pengacara Majlis & Bacaan Doa
12.15 tengah hari: Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Che Mat Che Ali
Pengerusi PPZ-MAIWP
12.20 tengah hari: Tayangan Video
12.25 tengah hari: Acara Penyerahan Zakat Korporat
12.55 tengah hari: Ucapan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
1.05 petang: Sidang Media
1.15 petang: Jamuan Makan
2.00 petang: Majlis Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Zakat Korporat 2019 tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Norazlina Nordin
Tel: 019 728 3839
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|