Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Rabu 27/11/2019

JEMPUTAN MEDIA ANUGERAH NASYID IKIM 2019 (AN19) PERINGKAT AKHIR

Dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Anugerah Nasyid 19 (AN19). Majlis yang memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah lagu ini akan berlangsung pada:

Hari/Tarikh: Sabtu 30 November 2019

Masa: 8:45 malam

Tempat: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur


IKIM telah menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm pada tahun 2004, 2005 dan 2015 dan kemudiannya AN17 pada tahun 2017 sebagai acara kemuncak bagi setiap musim rancangan ini. Penganjuran tersebut telah berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan berdasarkan kehadiran penonton serta limpahan maklumbalas positif menerusi media cetak dan media sosial khususnya Facebook dan Instagram.

IKIM mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan semula majlis anugerah ini dengan pendekatan baharu. Penganjuran AN19 akan mengguna kaedah digital bagi perluasan capaian tontonan AN19. Penonton boleh menonton siaran langsung secara di dalam talian melalui www.ikim.my atau www.tvikim.my. Selain itu, konsep penilaian yang jitu lagi berkesan daripada Panel Juri Profesional yang dilantik dikalangan penggiat industri muzik tempatan juga dititikberatkan agar AN19 dapat diangkat sebagai sebuah majlis penganugerahan yang berprestij serta unggul dalam arena hiburan Islam tempatan.

Kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Juara Anugerah Lagu Terbaik, Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik, Ketiga Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik. Kategori anugerah pilihan pendengar/penonton pula adalah Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Dua belas (12) orang finalis yang akan berentap bagi Anugerah Nasyid 19 (AN19) adalah REUNIC (Bertemu Semula), Ikhwan Fatanna (Bismillah), Caliph Buskers (Buta), Saujana (Satu Dalam Perjuangan), Mirwana (Cinta Bukan Mainan), In Team (Dia), XPDC (Doa), Far East (Gugur Di Setiamu), Ittihad (Rabbani), Adeep Nahar (Izinkan), Rabithah (Jalan Keluar) dan Khai Bahar (Cahaya 114).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 03-6204 6329/017-366 1496

Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 03-6204 6330 / 013- 2288992

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.