|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 27/11/2019
SIDANG MEDIA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL UPIN & IPIN MELAKA
Karnival Upin & Ipin merupakan acara tahunan bagi Les' Copaque Production Sdn Bhd. Acara tahunan ini adalah sebagai penghargaan kepada semua penyokong dan peminat Upin & Ipin dan kesemua animasi keluaran Les' Copaque Production Sdn Bhd.
Berbeza dari tahun sebelumnya, kali ini Karnival Upin & Ipin akan diadakan di Melaka bersempena dengan tahun melawat Melaka 2019 dan ianya dijayakan dengan sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Negeri Melaka.
Pihak syarikat menjemput wakil-wakil media untuk menghantar wakil seorang (1) penulis / wartawan dan seorang (1) jurugambar untuk majlis ini.
Maklumat perasmian :
Hari/Tarikh: Jumaat 29 November 2019
Masa: 2.30 petang
Tempat: MITC, Ayer Keroh Melaka
Program
2.30 petang: Pendaftaran dan kehadiran media
2.45 petang: Ketibaan YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis
Exco Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Negeri Melaka
3.00 petang: Ketibaan YAB Tuan Hj Adly Bin Zahari,
Ketua Menteri Melaka
: Bacaan Doa
: Ucapan aluan dari Tn Hj Burhanuddin Md Radzi
Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd
: Ucapan Perasmian dari YAB Ketua Menteri
: Tayangan Video & Gimik Pelancaran
: Lawatan ke tapak pameran
4.00 petang: Sidang Media

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Les' Copaque Production
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurulhuda Sharabuddin
Tel: 0123880571
E-mel: nurulhuda@lescopaque.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|