|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 28/11/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PELANCARAN BUKU IKON ZAKAT BUMIPUTERA PUBLIC LISTED COMPANY (PLC)
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Koperasi Remisier Bumiputera Berhad (KRBB) akan mengadakan Majlis Pelancaran Buku "Ikon Zakat Bumiputera PLC".
Buku ini adalah hasil kerjasama KRBB bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan tujuan memperkasakan shariah Islam bagi menggalakkan lebih banyak syarikat membayar zakat.
Majlis ini akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Kewangan Islam (JKKI), YB Dato' Wira Ir Amiruddin Hamzah. Turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengerusi Koperasi Remisier Bumiputra Berhad, Tuan Haji Zainal Ariffin Othman dan Rektor Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur, Prof Dato' Dr Noor Inayah Yaa'kub.
Hari/Tarikh: Khamis 5 Disember 2019
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Kasturi, Hotel De Palma, Ampang
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Zakat Korporat 2019 tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Iylia Mardhiana
Tel: 019 550 6747
Nama: Puan Fatin Aqilah
Tel: 017 393 5432
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|