|
|
|
 |
|
|
Isnin 02/12/2019
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KEMUDAHAN ANTARA BANK ISLAM DAN SETEGAP VENTURES PETROLEUM
Bank Islam Malaysia Berhad ("Bank Islam") akan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan dengan Setegap Ventures Petroleum Sdn. Bhd. untuk membiayai perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja. Perjanjian kemudahan ini merupakan sebahagian daripada Program Pembiayaan Vendor Bank Islam yang bertujuan untuk menyediakan akses pembiayaan kepada vendor-vendor dalam sektor Perkhidmatan dan Perkakasan Minyak & Gas tempatan ("OGSE").
Majlis ini akan dihadiri oleh Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif ("CEO") Bank Islam; dan YBhg. Dato' Nasri Nasrun (Pengerusi) serta Encik Mohd Shahrin Saad, (CEO), mewakili Setegap Ventures Petroleum.
Butiran majlis ini adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 3 Disember 2019
Masa: 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Lokasi: Grand Ballroom 3, Aras Bawah (G), Grand Hyatt Kuala Lumpur, Jalan Pinang, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Bank Islam Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Wan Norkhairi Wan Samad
Tel: 019-3394491 / 03-2782 1232
Nama: Encik Omar Atin
Tel: 019-3919144 / 03-2781 2943
Faks: 03-2781 2998
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|