|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 04/12/2019
PELANCARAN DAN ULASAN BUKU AHMAD IBRAHIM: SAHSIAH, PEMIKIRAN & SUMBANGAN ILMIAH
Dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mengadakan majlis Pelancaran dan Ulasan buku Ahmad Ibrahim: Sahsiah, Pemikiran & Sumbangan Ilmiah pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 5 Disember 2019
Masa: 8:30 pagi - 12:45 tengah hari
Tempat: Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Sila klik di sini PROGRAM
Karya yang mengandungi 21 bab ini dianggap sempurna dalam mengisahkan kehidupan Almarhum Profesor Ahmad bin Mohamad Ibrahim yang berkredibiliti, prolifik dan hebat dalam dunia perundangan Islam di Malaysia. Karya ini turut mengisahkan latar belakang: sahsiah yang istimewa; dan pemikiran serta sumbangan hebat Almarhum dalam dunia perundangan Islam. Sumbangan ilmiah Almarhum telah dibincangkan dari pelbagai sudut, iaitu perbandingan pemikiran, kewangan dan perbankan, takaful, undang-undang murtad, undang-undang keluarga, undang-undang komersial, undang-undang jenayah syariah, dan wakaf. Rangkuman hasil tulisan di kalangan mereka yang amat mengenali keperibadian dan mengagumi pemikiran Almarhum termasuk anak beliau sendiri, bekas-bekas pelajar serta rakan-rakan seperjuangan turut dimuatkan. Maka, tidak keterlaluan untuk menganggap karya ini adalah rakaman dedikasi, ingatan dan penghormatan yang hebat terhadap Almarhum.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 03-6204 6329/017-366 1496
Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 03-6204 6330 / 013- 228 8992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|