Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Khamis 05/12/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA MAJLIS SIDANG MEDIA PENGANUGERAH MALAYSIA DI 3RD INTERNATIONAL CRAFT AWARD 2019

Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia telah mengungguli dua anugerah iaitu Craft Institute / Academy of the Year dan Village of the Year anjuran Craft Village yang merupakan pertubuhan sosial dari New Delhi, India yang juga ahli World Craft Council-Asia Pacific Region (WCC-APR).

Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media bersempena dengan Penganugerahan Malaysia di 3rd International Craft Award 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 9 Disember 2019

Masa: 7.30 pagi

Tempat berkumpul: Information Counter, Level 5, Departure Hall
Main Terminal Building
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Bersama: Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia


PROGRAM

7.30 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media

: Previu Produk Kraf Komuniti Ku dan Institut Kraf Negara

: Sidang Media Bersama
Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia


10.00 pagi: Jamuan / Majlis Bersurai

Pakaian : Kasual Kemas

International Craft Award ini diadakan bermula dari tahun 2017 sebagai pengiktirafan kepada pelukis, artisan, pereka serta individu serta organisasi dari seluruh dunia atas sumbangan cemerlang mereka dalam pembangunan industri kraf. Selain Kraftangan Malaysia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, turut menerima Anugerah Ikon Kraf 2019.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis Sidang Media bersempena dengan Penganugerahan Malaysia di 3rd International Craft Award 2019 tersebut.

SUMBER: KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima
Tel: 013-7276672

Nama: Puan Norehan
Tel: 012-6578824/03-21613793

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.