Disember 03, 2025 -Rabu

 
 
 

Jumaat 06/12/2019

PROGRAM LARIAN SIHAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-55 PKNS DAN HARI REKREASI PKNS 2019

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan program Larian Sihat Sempena Ulang Tahun PKNS ke-55 dan Hari Rekreasi PKNS 2019 seperti tetapan berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 8 Disember 2019

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Ruang Legar Blok B Bangunan Ibu Pejabat PKNS


Klik di sini untuk PROGRAM

Program ini diwujudkan sebagai satu bentuk aktiviti riadah bersama semua anggota PKNS, Anak Syarikat dan pasangan anggota PKNS. Kelab Sukan dan Rekreasi PKNS menyokong penuh aktiviti seumpama ini bagi memupuk anggota untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: MOHAMAD FADHLI BIN HAMIM
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
Tel: 013-3969406
E-mel:fadhli.hamim@pkns.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.