|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 18/12/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE PRATONTON FESTIVAL KRAF JOHOR 2019
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor mulai 20 hingga 31 Disember 2019 bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
Justeru, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan ke Pratonton Festival Kraf Johor seperti mana butiran berikut :
Hari/Tarikh: Jumaat 20 Disember 2019
Masa: 3.30 petang
Tempat: Pentas Utama Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru
Tetamu Kehormat: Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Pakaian: Batik Malaysia
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pratonton tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima Mohd. Alwi
Tel: 013-727 6672
Nama: Puan Norehan
Tel: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|