|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 26/12/2019
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS YANG BERHORMAT DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA BERSAMA USAHAWAN KRAF
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sedang menganjurkan Festival Kraf Johor mulai 20 hingga 31 Disember 2019 bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
Justeru, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan ke Majlis Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Bersama Usahawan Kraf Sempena Festival Kraf Johor 2019 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 29 Disember 2019
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Pentas Utama Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru
Tetamu Kehormat : Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Sila klik di sini untuk PROGRAM
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Noor Azima Mohd Alwi
Tel: 013-727 6672
Nama: Puan Norehan
Tel: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|