ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
 
 

Selasa 14/01/2020

SIDANG AKHBAR: UNTUK MEMBUAT LIPUTAN BERITA "SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2020"

Dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad sebagai Urusetia akan menganjurkan "Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020".

Sehubungan itu, wakil-wakil media adalah dijemput untuk hadir ke sidang akhbar berkenaan majlis ini yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 20 Januari 2020

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 1,
Invest Selangor Berhad,
No.F1-2-G, Jalan Multimedia 7/AG,
CityPark, i-City, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Pengerusi: Y.B. Dato' Teng Chang Khim
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor / Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,
Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor


Bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran untuk tindakan wakil-wakil media.

Sebagai makluman, majlis ini akan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor yang akan berlangsung pada 1hb Februari 2020 (Sabtu) jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Klik di sini untuk program Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang akhbar tersebut.

SUMBER: Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Maryani
Tel: 03-55102005
Emel: maryani@investselangor.my

Nama: En Suhairi
Tel: 03-55102005
Emel: suhairi@investselangor.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.