ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
 
 

Rabu 15/01/2020

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN MELAKA WOOD & LIFESTYLE FAIR 2020

Dimaklumkan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan menganjurkan Melaka Wood & Lifestyle Fair 2020 pada 15 - 19 Januari 2020 (Rabu - Ahad) di Main Concourse, Mydin Mall MITC, Melaka yang bertemakan penggunaan kayu dalam gaya hidup dan antara objektif program ini adalah untuk memperkenalkan dan meningkatkan jualan serta syer pasaran produk dan perkhidmatan oleh Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Bumiputera berkaitan perkayuan kepada pengguna domestik.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Pameran Melaka Wood & Lifestyle Fair 2020 akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, Timbalan Menteri Industri Utama seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 16 Januari 2020

Masa: 10.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat: Main Concourse, MYDIN Mall, MITC Melaka


Klik di sini untuk PROGRAM

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Hajar Zulkefle
Pegawai Komunikasi Strategik
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Industri Utama
Tel: 017-3915951

Nama: Fia Nazeta Azilah
Unit Komunikasi Korporat
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tel: 011-23095796

-BERNAMA














 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.