ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2024 -Sabtu

 
 
 

Rabu 19/08/2020

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PERASMIAN KOLOKIUM PERLINDUNGAN TANAMAN MARDI 2020 DAN PELANCARAN MANUAL TEKNOLOGI KAWALAN PADI ANGIN (EDISI 2020)

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan MAJLIS PERASMIAN KOLOKIUM PERLINDUNGAN TANAMAN MARDI 2020 DAN PELANCARAN MANUAL TEKNOLOGI KAWALAN PADI ANGIN (EDISI 2020) yang akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Bin Mohd Noor, Ketua Pengarah MARDI pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 25 Ogos 2020

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI, Serdang


PROGRAM

10.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

10.30 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh
YBrs. Dr. Asfaliza Binti Ramli
Pengerusi Jawatankuasa JK Pelaksana Perlindungan Tanaman MARDI Tahun 2020

: Ucapan perasmian oleh
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Gimik dan Montaj Pelancaran Manual Teknologi Kawalan Padi Angin MARDI (Edisi 2020)

: Penyampaian Anugerah:

- Anugerah Ahli Patologi Tanaman
- Anugerah Ahli Entomologi Tanaman
- Anugerah Ahli Perlindungan Tanaman
- Anugerah Penulis Perlindungan Tanaman Prolifik
- Anugerah Juruteknologi Perlindungan Tanaman
- Anugerah Khas Tokoh Perlindungan Tanaman

: Penyampaian cenderahati

: Sidang media

12.00 tengah hari : Makan tengah hari dan bersurai

Sila klik di sini untuk Brosur:
https://tinyurl.com/KolokiumPerlindunganTanaman


Objektif Kolokium Perlindungan Tanaman MARDI ini diadakan adalah untuk; (i) Berkongsi maklumat dan pencapaian R&D serta mempromosi inovasi dan teknologi terkini dalam perlindungan tanaman pertanian. (ii) Mewujudkan jaringan kerjasama dan kepakaran dalam memperkasakan R&D perlindungan tanaman di MARDI dan; (iii) Membincangkan pendekatan dan penyelesaian bagi menghadapi cabaran masa hadapan, mencadangkan resolusi dan hala tuju dalam R&D perlindungan tanaman di MARDI.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Jafni bin Johari Jiken
Tel : 016-980 5587

Nama : En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel : 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.