|
|
|
|
|
|
Jumaat 21/08/2020
SUMBANGAN KEPADA 300 KELUARGA YANG TERJEJAS AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN SECARA PENTADBIRAN (TEMCO) DI KEDAH
Yayasan PETRONAS menerusi program tanggungjawab sosialnya, Sentuhan Kasih, akan menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian kepada 300 buah keluarga golongan B40 yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) yang dilaksanakan di Kedah sejak awal bulan Ogos susulan penularan COVID-19.
Majlis Penyerahan Sumbangan daripada pihak Yayasan PETRONAS akan diserahkan menerusi Exco Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan YB Halimaton Shaadiah Saad kepada Yang Amat Berhomat Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 23 Ogos 2020
Masa: 11:30am - 12:30pm
Tempat: Lobi Blok A, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah
Aturcara Program*
11:30am: Ketibaan Tetamu dan Pendaftaran Media
11:45am: Ucapan Alu-aluan
12:00pm: Penyampaian Simbolik Sumbangan Sentuhan Kasih Yayasan PETRONAS
kepada YAB Menteri Besar
12:15pm: Sesi fotografi dan temubual
: Bersurai
Dikeluarkan oleh:
Jabatan Perhubungan Media
Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan
PETRONAS
* Tertakluk kepada sebarang perubahan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Helmi Majid
Tel: +6014 2280877
E-mel: muhamadhelmi.abdmaj@petronas.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|