|
|
|
|
|
|
Selasa 25/08/2020
JEMPUTAN MENGHADIRI SESI UJI RASA MEDIA BERSAMA MARDI DAN MAJLIS PELANCARAN EMPAT PRODUK INOVASI MAKANAN HASIL PENYELIDIKAN MARDI
Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan SESI UJI RASA MEDIA BERSAMA MARDI DAN MAJLIS PELANCARAN EMPAT PRODUK INOVASI MAKANAN HASIL PENYELIDIKAN MARDI yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 1 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 27 Ogos 2020
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Peta lokasi: https://tinyurl.com/FoodTechMARDI
Program:
8.45 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Haji Zainal Azman Bin Abu Seman
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
9.00 pagi: Ketibaan YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri 1, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
:Taklimat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan MARDI
9.15 pagi: Lawatan ke Makmal Pusat Penyelidikan dan Sains dan Teknologi Makanan
10.15 pagi: Pelancaran Empat Produk Inovasi Makanan MARDI
- Teknologi Keropok Lekor Lembut Sejuk Beku
- Teknologi Pracampuran Perata Tanpa Gluten Daripada Ubian dan Sayuran
- Dessert Sejuk Beku Konfeksi Ais
- Pracampuran Sup Ikan Dengan Cendawan
: Pertukaran Memorandum Perjanjian (MOA) Pengkomersialan Teknologi:
- MARDI dan Syarikat Ahsannajah Solution
- MARDI dan Syarikat Rara Excellent Resources
: Penyampaian cenderahati
: Sidang media
: Sesi uji rasa media bersama MARDI
11.30 pagi: Makan tengah hari dan bersurai
Sila klik di sini untuk Fact Sheet
Untuk makluman pihak media, empat inovasi produk makanan hasil penyelidikan MARDI yang akan dilancarkan ini termasuklah; (i) Teknologi Keropok Lekor Lembut Sejuk Beku, (ii) Teknologi Pracampuran Perata Tanpa Gluten Daripada Ubian dan Sayuran, (iii) Dessert Sejuk Beku Konfeksi Ais, (iv) Pracampuran Sup Ikan Dengan Cendawan. Kesemua produk inovasi yang diperkenalkan ini mempunyai formulasi yang dikhaskan dan berpotensi untuk dikomersialkan. Ia bukan sahaja kaya dengan pelbagai nutrien, malahan diyakini dapat meningkatkan permintaan makanan sihat negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Jafni bin Johari Jiken
Tel : 016-980 5587
Nama : En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel : 012-484 0672
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|