PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 05, 2020 -Sabtu

 
 
 

Isnin 26/10/2020

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS BUNGA TANAH RENDAH

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan MAJLIS PELANCARAN TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS BUNGA TANAH RENDAH yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 27 Oktober 2020

Masa: 12.30 tengah hari - 2.00 petang

Tempat: Plot Kubis Bunga Tanah Rendah (Rumah Kaca)
Ibu Pejabat MARDI, Serdang

Peta Lokasi: https://goo.gl/maps/psA6AJGbm54wYSaM7


Sila klik di sini untuk e-banner

Program

12.30 tengah hari: Ketibaan tetamu jemputan

: Jamuan makan tengah hari

12.45 tengah hari: Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ketibaan YBhg. Dato' Haji Zainal Azman bin Abu Seman
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

1.00 tengah hari : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan

: *Bertolak ke ke plot kubis bunga tanah rendah MARDI menaiki tram

2.00 petang: Pelancaran Teknologi Kubis Bunga Tanah Rendah

: Taklimat oleh Dr. Johari Bin Sarip
Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur

: Tayangan video montaj Teknologi Teknologi Kubis Bunga Tanah Rendah

: Sesi bergambar

: Penyampaian cenderahati

: Sidang media

: Bersurai

Untuk makluman rakan media, kajian Teknologi Pengeluaran Kubis Bunga Tanah Rendah bermula dengan penilaian sumber genetik komersil yang beradaptasi di tanah rendah yang stabil dan berkualiti. Varieti C2 yang dikenalpasti dalam kajian ini mampu menghasilkan curd atau bunga yang berkualiti pada suhu penanaman yang tinggi di kawasan tanah rendah Malaysia. Kelebihan teknologi penanaman di tanah rendah yang dihasilkan MARDI ini dapat memperluaskan kawasan penanaman, cakupan kawasan dan bilangan petani yang terlibat adalah lebih besar. Kualiti kubis adalah sangat baik berbanding import dan berpotensi untuk diusahakan oleh petani dan usahawan tani.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: En. Hazrul Amry bin Mohd Noor
Tel: 012-484 0672

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.