|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Rabu 17/03/2021
JEMPUTAN MAJLIS MENANDATANGANI MOU PROGRAM PERLADANGAN HUTAN KOMUNITI KOPERASI ANTARA PERSATUAN PEKILANG PANEL MALAYSIA (MPMA) DAN ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA)
Dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan hadir pada Majlis Menandatangani MOU Perladangan Hutan Komuniti Koperasi antara MPMA dan ANGKASA seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 18 Mac 2021
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Nyatoh, KPPK, Putrajaya
Program:
10.30 pagi: Ketibaan Para Tetamu dan Dif Kehormat
11.00 pagi Ketibaan YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali,
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk Wira Sheikh Othman Rahman,
Pengerusi MPMA
: Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Fattah Haji Abdullah,
Presiden ANGKASA
: Taklimat MoU
: Majlis Menandatangani MoU Antara MPMA dan ANGKASA
: Penyampaian Cenderamata
: Sesi Fotografi
: Sidang Akhbar
12.00 tengah hari: Jamuan Makan Tengah Hari
: Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Hilmi Mohd Ali
Pegawai Komunikasi Strategik I
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Tel: 016-2058311
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|