ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 22/03/2021

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KEBANGSAAN KEJURUTERAAN PERTANIAN DAN MAKANAN (NAFEC 2021) DAN PELANCARAN 2 BUKU KEJURUTERAAN MAKANAN

Dimaklumkan MARDI akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KEBANGSAAN KEJURUTERAAN PERTANIAN DAN MAKANAN (NAFEC 2021) DAN PELANCARAN 2 BUKU KEJURUTERAAN MAKANAN yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 23 Mac 2021

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Ibu Pejabat MARDI, Serdang


PROGRAM

10.00 pagi : Ketibaan tetamu VIP dan jemputan

10.30 pagi : Ketibaan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

: Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh
Y.Bhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ucapan oleh
Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Samsudin
Presiden
Malaysian Society of Agricultural and Food Engineers (MSAE)

: Ucapan perasmian oleh
YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)

: Pelancaran 2 Buku Kejuruteraan Makanan:
i. Kecemerlangan Teknologi Kejuruteraan Agromakanan MARDI
ii. Edisi Pertama Advanced Agriculture and Food Research Journal (AAFRJ)

: Gimik dan video montaj NAFEC 2021

: Pertukaran MoU

12.30 tengah hari : Sesi sidang media

1.00 petang : Makan tengah hari dan bersurai


Persidangan ini diadakan bertujuan untuk memperkenal dan membincangkan dengan lebih mendalam aplikasi kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia. Kertas-kertas teknikal yang menjurus kepada aplikasi dan penyelidikan berkaitan kejuruteran yang terkini akan dibentangkan oleh kumpulan pakar, penyelidik dan pemain industri.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel : 016-980 5587

Nama : Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel : 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.