|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Khamis 01/04/2021
JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PERASMIAN KEMPEN MARDI MEMBACA 2021
Dimaklumkan MARDI akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN KEMPEN MARDI MEMBACA 2021 yang akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roff bin Mohd Noor, Ketua Pengarah MARDI pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 2 April 2021
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI, Serdang
Program
Sila klik di sini untuk PROGRAM
MARDI mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen membaca sejajar dengan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada tahun 2030. Objektif kempen adalah untuk menggalakkan budaya membaca di MARDI dan juga merancakkan perkongsian ilmu dikalangan warga MARDI. Bersempena dengan majlis tersebut, MARDI turut akan melancarkan empat buah buku dan satu acara penamaan orkid baharu MARDI.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587
Nama: Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|