ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 02/04/2021

Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Dan MalaysianTechnology Development Corporation (MTDC)

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) ingin menjemput rakan media ke Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 9 April 2021

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat: Ballroom 2, Level 3
Geno Hotel, Shah Alam
Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas
47620 Subang Jaya, Selangor


Program

9.00 pagi : Ketibaan Tetamu & Media

9.30 pagi : Ketibaan Pengurusan YaPEIM & MTDC
Interbiu Khas YBhg. Dato' Norhalim Yunus bersama Media
Ketua Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

9.45 pagi : Ketibaan YBhg. Dato' Hj. Mohd Redza Shah Abdul Wahid
Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

: Ketibaan YBhg. Tan Sri Abd Rahman Mamat
Pengerusi Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

10.00 pagi : Ketibaan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

10.05 pagi : Bacaan Doa

10.10 pagi : Ucapan Aluan oleh YBhg. Tan Sri Abd Rahman Mamat
Pengerusi
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

10.20 pagi : Ucapan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

10.30 pagi : Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

: Sesi Bergambar

: Penyampaian Cenderahati

11.00 pagi : Lawatan ke booth usahawan

11.15 pagi : Jamuan Makan

11.30 pagi : Sidang media


Mengenai Majlis

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan menganjurkan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Ini merupakan cadangan kerjasama antara MTDC dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berkaitan dengan menjalin kerjasama strategik dalam pengembangan usahawan dalam berbagai industri melalui aplikasi teknologi dan penerokaan pasar baru.

Mengenai Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

MTDC adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan telah menjadi pemain utama dalam pengkomersialan dan pengurusan pembiayaan kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ke-7. Selain pengurusan dana, MTDC juga menyediakan perkhidmatan sokongan bersepadu untuk teknopreneurs yang merangkumi khidmat nasihat seperti mentoring, soft-landing, Penjenamaan, pengumpulan dana, kolaborasi dan jaringan antarabangsa.

Mengenai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952. Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 julai 1984 oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. YaPEIM di letak di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi memantau perjalanan YaPEIM. Maka, YaPEIM ini ditakbir di bawah tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Islam.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut.

SUMBER: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Yuhaini Othman
Associate
CORPORATE COMMUNICATION
Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +60321726000 / Ext: 6095 / +60321726095
Faks: +60389414200
Website: www.mtdc.com.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.