ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 29, 2024 -Jumaat

 
 
 

Isnin 05/04/2021

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN BUAH-BUAHAN KEBANGSAAN 2021

Dimaklumkan MARDI akan mengadakan MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN BUAH-BUAHAN KEBANGSAAN 2021 yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 6 April 2021

Masa: 10.00 pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat MARDI Serdang


Untuk makluman, MARDI dan International Tropical Fruits Network (TFnet) akan menganjurkan Persidangan Buah-buahan Kebangsaan 2021 (BUAH 2021) bermula 6 April secara dalam talian. Objektif penganjuran persidangan ini adalah untuk mengenalpasti potensi buah-buahan tempatan untuk pasaran domestik dan antarabangsa; mengetengahkan teknologi dan inovasi terkini bagi meningkatkan produktiviti dan memperkasakan industri buah-buahan tempatan serta membincangkan strategi bagi meningkatkan daya saing buah-buahan tempatan. Bersempena dengan majlis tersebut, MARDI turut akan melancarkan Teknologi Baja Pintar NARDI

Program

10.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

10.15 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Mohamad Rolf bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

10.30 pagi : Ketibaan YB. Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan lndustri Makanan I

10.45 pagi : Majlis Perasmian Persidangan Buah-buahan Kebangsaan (BUAH 2021)

: Nyanyian lagu Negaraku

: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan oleh:
YBhg. Datuk Dr. Mohamad Roll bin Mohd Noor
Ketua Pengarah MARDI

: Ucapan perasmian oleh:
YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Menteri Pertanian dan Industri Makanan I

: Gimik dan montaj Pelancaran Teknologi Baja Pintar MARDI

: Penyampaian cenderahati

: Lawatan ke booth pameran
Sidang media

12.00 tengah hari : Makan tengah hari / Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.


SUMBER: Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.