|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Rabu 14/04/2021
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA GUIDED TOUR SEMPENA WARNA-WARNI HARI RAYA AIDILFITRI 2021
Dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia akan menganjurkan Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri 2021 pada 15 April hingga 2 Mei 2021 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri ini merupakan promosi fizikal yang pertama dilaksanakan tahun ini dan menarik penyertaan seramai 120 usahawan kraf seluruh negeri. Sepanjang promosi ini, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti jualan produk kraf dan produk perkhidmatan Aidilfitri, pameran, demonstrasi kraf, interaktif kraf, demonstrasi masakan dan kuih tradisional serta pertandingan. Turut diadakan Bazar Ramadan bagi menyediakan kemudahan berbuka puasa kepada pengunjung yang datang mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Justeru, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput rakan media untuk hadir dan membuat liputan Media Guided Tour sempena Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri 2021 pada ketetapan seperti berikut :
Hari/Tarikh: Jumaat 16 April 2021
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Bersama: Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah
Kraftangan Malaysia
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Nadia
Tel: 017-5046540
Nama: Puan Norehan
Tel: 012-6578824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|