|
|
November 29, 2024 -Jumaat |
|
|
|
|
|
|
Rabu 09/06/2021
JEMPUTAN MEDIA KE SESI SIDANG AKHBAR SECARA MAYA (ZOOM) MENGENAI RAWATAN HEPATITIS C YANG PERTAMA DIBANGUNKAN MELALUI KERJASAMA SELATAN-SELATAN DAN UBAT PERTAMA DIDAFTARKAN DI MALAYSIA
Jemputan media ke Sesi sidang akhbar secara maya (zoom) mengenai rawatan Hepatitis C yang pertama dibangunkan melalui kerjasama Selatan-selatan dan ubat pertama didaftarkan di Malaysia akan diadakan seperti berikut:
Tajuk: Rawatan Hepatitis C Yang Pertama Dibangunkan Melalui Kerjasama Selatan-Selatan dan Ubat Pertama Didaftarkan di Malaysia.
Hari/Tarikh : Isnin 14 Jun 2021
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Panel :
1. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
2. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Perkhidmatan Gastroenterologi dan Hepatologi, KKM.
3. Dr. Sherine Helmy, Ketua Pegawai Eksekutif, Pharco Corporation.
4. Puan Sharifah Fauziyah Binti Syed Mohthar, Pengarah Hal Ehwal Kawal Selia, Pharmaniaga.
5. En. Jean-Michel Piedagnel, Pengarah Asia Tenggara, DNDi.
6. Puan Chee Yoke Ling, Pengarah, Third World Network.
7. Kamarul Bahrin Haron (Moderator).
Pengamal-pengamal media yang akan hadir diminta untuk membuat pendaftaran melalui pautan yang disertakan di sini sebelum 11 Jun 2021 (Jumaat) bagi mendapatkan pautan pelantar Zoom tersebut.
Sehubungan dengan itu, diminta pengamal media yang ingin hadir untuk menghantarkan soalan-soalan yang ingin ditanyakan kepada Penolong Pengurus Roots PR iaitu Puan Sara Sabri melalui sara.sabri@rootsasia.com atau di talian +60 14 338 5945 selewat-lewatnya 13 Jun 2021 (Ahad).
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Penolong Pengurus Roots PR
Nama : Puan Sara Sabri
E-mel : sara.sabri@rootsasia.com
Tel : +60 14 338 5945
-BERNAMA |
|
|
|
|
|