|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Selasa 12/10/2021
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN MARDI SEMPENA HIM 2021
Dimaklumkan MARDI akan menganjurkan Hari Inovasi MARDI 2021 pada 12hb hingga 14hb Oktober 2021 (Selasa hingga Khamis) bertempat di Ibu Pejabat MARDI, Serdang. Bersempena dengan majlis tersebut MARDI turut mengadakan MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN MARDI secara hibrid yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 13 Oktober 2021
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Tan Sri Yusof Hashim (Hibrid)
Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Selangor
PROGRAM:
9.30 pagi: Ketibaan tetamu jemputan
9.45 pagi: Ketibaan YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani
Ketua Pengarah MARDI
10.00 pagi: Ketibaan YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan alu-aluan oleh:
YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani
Ketua Pengarah MARDI
: Ucapan pelancaran oleh:
YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I
: Gimik dan Montaj Pelancaran Buku:
- MARDI-Advancing Agriculture through Innovation (RMKe-11)
- Making an Impact in the Agrofood Industry: MARDI's Research 20 Years On
- Buletin Pemindahan Teknologi MARDI
- Prosiding MSTE 2021
12.00 tengah hari: Makan tengah hari/Bersurai
Untuk makluman, MARDI akan melancarkan 4 buah buku terbitan MARDI iaitu MARDI - Advancing Agriculture though Innovation (RMKe-11), Making an Impact in the Agrofood Industry: MARDI's Research 20 Years On, Buletin Pemindahan Teknologi MARDI dan Prosiding MSTE 2021.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Abdul Rahman bin Abdul Razak
Tel : 019-248 0204
Nama : Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel : 012-621 1371
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|