|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Rabu 24/11/2021
MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN PENGALAMAN HOMESTAY MALAYSIA DAN PLATFORM DIGITAL JOMHOMESTAY.MY
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Tourism Malaysia akan menganjurkan Majlis Pelancaran Garis Panduan Pengalaman Homestay Malaysia dan Platform Digital Jomhomestay.my pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 27 November 2021
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Hotel Pullman Kuching, 1A, Jalan Mathies, 93100 Kuching, Sarawak
Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia.
Program
8.00 pagi: Ketibaan Tetamu Jemputan
Ujian Kendiri Covid-19 RTK
9.10 pagi: Ketibaan YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari bin Hamat
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
9.15 pagi: Ketibaan YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak
9.20 pagi: Ketibaan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
Lawatan Booth Pameran
9.30 pagi: Majlis bermula
Bacaan Doa
Lagu Kebangsaan - Negaraku
Lagu Kebangsaan Negeri Sarawak
Persembahan Pembukaan
Ucapan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak
Ucapan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
Pelancaran Garis Panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia & Pelancaran Platform Jomhomestay
Penyampaian Sijil Pendaftaran Program Pengalaman Homestay Malaysia
Penyampaian kit sanitasi kepada penyelaras Program Pengalaman Homestay Malaysia
Sidang Media
10.30 pagi: Jamuan Makan dan Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran tersebut.
Sumber:Tourism Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Wahida Rahim / Mohd Hizir Rembeli
Tel: 03-8891 8778 / 082-246 775 / 575
Emel: mediaunit@tourism.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|