|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Jumaat 26/11/2021
JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM AGROINVEST MARDI 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa MARDI akan menganjurkan Majlis Perasmian Program AgroInvest 2021yang merupakan acara tahunan MARDI untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan dan janaan teknologi kepada kumpulan sasar iaitu industri, usahawan mahupun petani yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I seperti ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: Ahad 28 November 2021
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Hatten Hotel, Melaka
*Link lokasi Google map:https://goo.gl/maps/3zNbhCVYWu7RmSi87
Sila klik di sini untuk program
Pada tahun ini sebanyak 20 teknologi makanan akan dipamer, dipromosi dan dipasarkan. Dianggarkan sebanyak 50 syarikat-syarikat GLC/korporat/usahawan berpotensi dijemput untuk Biz-Matching (Direct Engagement) bersama penjana teknologi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
Sumber: MARDI
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Abdul Rahman bin Abdul Razak / Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 019-248 0204 / 012-621 1371
-BERNAMA |
|
|
|
|
|