ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Isnin 06/12/2021

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN : SIDANG MEDIA KHAS BERSAMA KETUA PENGARAH MARDI

Dimaklumkan bahawa MARDI telah memenangi dua anugerah di Institut Kimia Malaysia (IKM) Awards 2020/2021 iaitu:
i. Anugerah Laboratory Execellence Award 2021
ii. Anugerah IKM Outstanding Young Chemist Award 2021 (Industri)


Anugerah berprestij yang diperkenalkan oleh Institut Kimia Malaysia mulai tahun 1986 telah meletakkan MARDILab Serdang setaraf dengan makmal-makmal sektor korporat di Malaysia dari segi keupayaan perkhidmatan analisis seperti Petronas. Anugerah ini menjadi pendorong kepada MARDILab untuk terus meningkatkan kualiti servis dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan khususnya sektor pertanian dan industri makanan.

Majlis Penyampaian Anugerah telah diadakan sempena Malam Kimia & Penyampaian Anugerah IKM 2020/2021 oleh YB Dato' Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 3 Disember 2021 (Jumaat) bertempat di Berjaya Time Square Aquare Hotel, Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, satu sesi Sidang Media Khas bersama Ketua Pengarah MARDI akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 7 Disember 2021

Masa: 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat: MARDI Lab, Ibu Pejabat MARDI Serdang

* Link lokasi Google map : https://goo.gl/maps/o87WMG7BCU9iKnwk8


Dimaklumkan juga, Ts. Chm. Dr. Khalisanni Khalid, Pegawai Penyelidik Kanan MARDI telah dinobatkan sebagai pemenang IKM Outstanding Young Chemist Award 2021 bagi peringkat Industri. Ts. Chm. Dr. Khalisanni Khalid akan dijemput hadir sama semasa Sidang Media Khas. Pihak media turut akan dibawa melawat MARDILab diakhir sesi sidang media.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sesi sidang media khas tersebut.

Sumber: Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn. Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

Nama: En. Jazzmi Shah Dawood Maiden
Tel: 011-2347 4037

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.