|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Selasa 14/12/2021
SIDANG MEDIA KETUA PENGARAH KESIHATAN
Dimaklumkan Sidang Media Tan Sri Dato' Seri Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 14 Disember 2021
Masa: 5.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan, Aras 4, Blok E7, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
Saluran: Hibrid / Aplikasi Zoom
(pautan diberikan setelah wakil media mendaftar melalui google form)
Sehubungan itu, kerjasama agensi media diminta untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Semakan MySejahtera hendaklah menunjukkan Low Risk, No Symptom, Fully Vaccinated serta Mengemaskini Profile dalam MySejahtera.
Bagi mematuhi Arahan Majlis Keselamatan Negara, kehadiran wakil media secara fizikal adalah terhad seperti di Lampiran 1. Media-media lain dijemput menerusi saluran hibrid. Agensi media yang tidak tersenarai dalam jemputan media, tidak akan dibenarkan masuk di premis sidang media.
Semua wakil media yang akan membuat liputan sama ada secara fizikal mahupun Dalam Talian, dikehendaki mendaftar di pautan https://forms.gle/fnmkzbNXM8CVSpT9A selewat-lewatnya 14 Disember 2021 (Selasa) pukul 11.00 pagi.
Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask), melalui saringan suhu badan dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Pastikan sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Soalan-soalan yang hendak diajukan kepada YB Menteri Kesihatan hendaklah diberi kepada Encik Mohd Azmi Abd Majid di talian 017-6826205 atau emel kepada azmi.majid@moh.gov.my selewat-lewatnya 14 Disember 2021 (Selasa) pukul 11.00 pagi.
Sila klik di sini untuk kehadiran secara fizikal
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: R. Syahrir R. Abu Bakar
Tel: 012-212 2692
Nama: Encik Azmi Abd Majid
Tel: 017-6826205
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|