ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 28, 2024 -Khamis

 
 
 

Khamis 20/01/2022

SIDANG MEDIA YB MENTERI KESIHATAN

Dimaklumkan bahawa sidang media YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 20 Januari 2022

Masa: 5:15 petang

Tempat: Pusat Media, Parlimen

Pautan Zoom: https://bit.ly/SidangMediaParlimen


Bagi mematuhi Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kehadiran wakil media secara fizikal adalah terhad. Sehubungan itu, hanya petugas media sedia ada di Parlimen dibenarkan hadir ke sesi sidang media ini. Bagi agensi media yang lain dijemput hadir menerusi pautan aplikasi zoom seperti di atas. Petugas media yang tidak bertugas di Parlimen tidak dibenarkan masuk.

Kesemua petugas media dari agensi-agensi tersebeut WAJIB melakukan ujian saringan Swab-Test COVID-19 menggunakan kaedah Reverse Transcripton-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) 3 hari sebelum Sidang Media dan membawa keputusan ujian tersebut pada 20 Januari 2022 (Khamis) untuk ditunjukkan di sekatan jalan raya oleh pihak Bahagian Keselamatan. Hanya petugas media yang lengkap dos vaksin COVID-19 dan mempunyai keputusan saringan NEGATIF sahaja dibenarkan masuk serta ke Kompleks Parlimen Malaysia.

Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi.

Petugas media hendaklah sentiasa berada di Pusat Media, Parlimen Malaysia sepanjang masa dan tidak dibenarkan berada di ruang lobi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Blok Utama.

Petugas media hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta peraturan yang digariskan oleh pihak Parlimen Malaysia.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Tel: 03-8883 3470 / 012-2112658

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.