|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Jumaat 28/01/2022
JEMPUTAN MEDIA MALAYSIA MENYERTAI PENCAHAYAAN 100 MERCU TANDA DI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI PENYAKIT TERABAI (NTD)
Dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan menyertai Pencahayaan 100 Mercu Tanda di Seluruh Negara sempena Sambutan Hari Penyakit Terabai (NTD) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 30 Januari 2022
Masa : 7.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Tempat :
1. Menara Kuala Lumpur, No 2. Jalan Puncak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur dan;
2. The Pintasan Saloma, Antara dan Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sehubungan itu, kerjasama agensi media diminta untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Semakan MySejahtera hendaklah menunjukkan Low Risk, No Symptom, Fully Vaccinated serta Mengemaskini Profile dalam MySejahtera.
Bagi mematuhi Arahan Majlis Keselamatan Negara, wakil media perlu menjaga penjarakan fizikal adalah. Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask), melalui saringan suhu badan dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Pastikan sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohd Azmi bin Abd Majid
Tel : 03-8883 4536/017-6826205
-BERNAMA |
|
|
|
|
|