|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Khamis 10/02/2022
SIDANG MEDIA YB MENTERI KESIHATAN
Dimaklumkan Sidang Media YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 10 Februari 2022
Masa: 4.15 petang (selepas selesai Sesi Dialog Awam/Town Hall)
Tempat:Dewan Serbaguna, Aras 8, Kompleks KKM, Putrajaya
Saluran: Hibrid / Aplikasi Zoom
Pautan:
https://zoom.us/j/99066916178?pwd=MVN4Ty9pc2pVY1 JxMVZYOUN0eVlvdz09
Sehubungan itu, mohon kerjasama agensi media untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Semakan MySejahtera hendaklah menunjukkan Low Risk, No Symptom, Fully Vaccinated serta mengemaskini profile dalam MySejahtera. Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama dimohon agar wakil media yang mengikuti lawatan tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Bagi mematuhi Arahan Majlis Keselamatan Negara, kehadiran wakil media adalah terhad seperti di Lampiran 1. Media-media lain dijemput menerusi saluran hibrid.
Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask), melalui saringan suhu badan dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Pastikan sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Tuan R. Syahrir R. Abu Bakar
(Setiausaha Akhbar)
Tel: 012-212 2692
Nama: Encik Mahendran Subramaniam
(Pegawai Perhubungan Awam)
Tel: 016-308 7120
-BERNAMA |
|
|
|
|
|