|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Rabu 16/02/2022
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN PICK KANAK-KANAK DI KELANTAN
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I akan mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin PICK Kanak-Kanak di Kelantan pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 16 Februari 2022
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Program
11.00 pagi: Melawat PICK Kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
: Sidang Media
Sehubungan itu, mohon kerjasama agensi media untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Semakan MySejahtera hendaklah menunjukkan Low Risk, No Symptom, Fully Vaccinated serta mengemaskini profile dalam MySejahtera. Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama dimohon agar wakil media yang mengikuti lawatan tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat program tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Norddin bin Daud
Tel: 016-9131398
Nama: Norazlin binti Md Affendi
Tel: 017-9151084
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|