|
|
November 28, 2024 -Khamis |
|
|
|
|
|
|
Isnin 21/02/2022
LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN I KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN PICK KANAK-KANAK DI PERAK
Dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I akan mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Kanak-Kanak (PICKids) di negeri Perak pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 21 Februari 2022
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Melawat Pusat Pembarian Vaksin Kanak-kanak
(PICKids) di Dewan Seri Selinsing, Gunung Semanggol
Sehubungan itu, mohon kerjasama agensi media untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Semakan MySejahtera hendaklah menunjukkan Low Risk, No Symptom, Fully Vaccinated serta mengemaskini profile dalam MySejahtera. Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama dimohon agar wakil media yang mengikuti lawatan tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat program tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Encik Mohd Fadil bin Sharif
Pegawai Perhubungan Awam KKM
Tel : 019-631 3535
-BERNAMA |
|
|
|
|
|