ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
 
 

Rabu 23/02/2022

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN DAN EMPOWERMENT PPKHT 2004 DI PEJALAN KAKI BERBUMBUNG WPKL

Dimaklumkan bahawa Operasi Bersepadu Penguatkuasaan dan Empowerment PPKHT 2004 Di Pejalan Kaki Berbumbung Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 24 Februari 2022

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Bilik Wacana, Tingkat 3,
Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL
KM 4, Jalan Cheras, Kuala Lumpur
(Lokasi pendataran media & taklimat)



PROGRAM

9.00 pagi : Pendaftaran media

9.30 pagi : Taklimat Operasi

10.00 pagi : Operasi bermula

11.00 pagi : Operasi tamat


Untuk makluman, operasi ini adalah bertaraf sulit. Justeru, sebelum operasi, satu taklimat media akan diadakan pada jam 9.30 pagi di pejabat kesihatan tersebut untuk tujuan perkongsian maklumat.

Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama juga dipohon agar wakil media yang mengikuti program tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.

Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat program tersebut.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan taklimat media tersebut.

SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Mona Ang
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 016-895 7762

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.