ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
 
 

Isnin 07/03/2022

MAJLIS PERASMIAN MASS CATARACT SURGERY INISIATIVE (MCSI) DI TAWAU, SABAH

Dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan akan menghadiri program di Tawau, Sabah pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 7 Mac 2022

Masa: 1.30 tengah hari

Tempat: Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Tawau


Hari/Tarikh: Isnin 7 Mac 2022

Masa: 2.30 petang

Tempat: Hospital Tawau



Program

1.30 tengah hari: Majlis Perasmian Mass Cataract Surgery Inisiative (MCSI) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Tawau

2.30 petang: Lawatan ke Hospital Tawau

: Sidang Media


Sehubungan itu, mohon kerjasama agensi media untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama dimohon agar wakil media yang mengikuti lawatan tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.

Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat program tersebut. Untuk makluman wakil-wakil media, Majlis Perasmian Mass Cataract Surgery Inisiative dan sesi Sidang Media YB Menteri Kesihatan juga akan disiarkan secara langsung di FB Live KKM.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian dan lawatan tersebut.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Raymie bin Amiril
Pegawai Perhubungan Awam KKM
Tel: 019-536 2144

Nama: Noor Hasmirana binti Saharil
Pegawai Perhubungan Awam Hospital Tawau
Tel: 016-849 7267

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.