|
|
|
|
|
|
Selasa 15/03/2022
OPERASI PENGUATKUASAAN LARANGAN MEROKOK DI IPOH, PERAK
Sukacita dimaklumkan bahawa Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 15 Mac 2022
Masa : 7.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Cawangan Inspektorat dan Perundangan (CIP)
Berkumpul Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Jalan Koo Chong Kong, Ipoh, Perak
Tentatif program:
7.00 malam - Pendaftaran media / Taklimat Operasi
8.00 malam - Bertolak ke lapangan
10.00 malam - Operasi tamat / Sidang Media
Untuk makluman, operasi ini adalah bertaraf sulit. Justeru, sebelum operasi ini dimulakan, satu taklimat media akan diadakan
pada jam 7.15 malam di lokasi tersebut untuk tujuan perkongsian maklumat.
Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama juga dipohon agar wakil media yang mengikuti program tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat operasi tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan taklimat media tersebut.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: YBrs. Dr. Muhammad Hairul Nizam bin Abd Hamid
Tel: 012-580 6142
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|