|
|
|
|
|
|
Selasa 22/03/2022
UNDANGAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SIDANG MEDIA SEMPENA OPERASI BERSEPADU SUBSIDI MINYAK MASAK (OP SAJI) BIL. 1/2022
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mengadakan satu sidang media bersempena dengan Operasi Bersepadu Subsidi Minyak Masak (OP SAJI) Bil. 1/2022 yang akan dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.
Wakil-wakil media dijemput untuk membuat liputan sidang media tersebut seperti ketetapan yang berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 23 Mac 2022
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Singgahsana 1, Aras 1,
Menara Hasil Cyberjaya
Berikutan peningkatan bilangan kes positif COVID-19 pada masa ini, wakil pihak media yang ingin hadir membuat liputan disarankan untuk melaksanakan ujian kendiri COVID-19 dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Harap maklum bahawa hanya wakil media yang bebas daripada jangkitan COVID-19 dibenarkan hadir.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|