|
|
|
|
|
|
Selasa 22/03/2022
OPERASI PENGUATKUASAAN LARANGAN MEROKOK DI NEGERI PULAU PINANG
Dimaklumkan bahawa Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh: Rabu 23 Mac 2022
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat Berkumpul: Allied Healthcare Centre of Excellence,
No. 63, Jalan Sungai Pinang, 10150 George Town,
Pulau Pinang
Program:
9.00 pagi - Pendaftaran media
9.30 pagi - Taklimat Operasi
10.00 pagi - Bertolak ke lapangan
3.00 petang - Operasi tamat
Untuk makluman rakan media, operasi ini adalah bertaraf sulit. Justeru, sebelum operasi ini dimulakan, satu taklimat media akan diadakan pada jam 9.30 pagi di lokasi tersebut untuk tujuan perkongsian maklumat.
Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama juga dipohon agar wakil media yang mengikuti program tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Di samping itu, wakil media juga dipohon memberikan kerjasama kepada urus setia bagi memastikan pematuhan SOP dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian tempat operasi tersebut.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Ong Ang Guan
(Ketua Cawangan Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang)
Tel: 019-412 7526
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|