|
|
|
|
|
|
Rabu 23/03/2022
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU OBESITI MALAYSIA 2022
Dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I akan hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Obesiti Malaysia 2022 sempena Sambutan Hari Obesiti Sedunia pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 25 Mac 2022
Masa: 11:00 pagi
Tempat: Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, mohon kerjasama agensi media untuk menghantar wakil media yang telah lengkap dua (2) dos vaksin bagi membuat liputan program berkenaan. Petugas media perlu memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan 'hand sanitizer' yang disediakan. Kerjasama dimohon agar wakil media yang mengikuti program tersebut sihat, bukan kontak rapat dan tidak positif COVID-19.
Bagi mematuhi Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kehadiran wakil media adalah terhad seperti di Lampiran 1. Untuk makluman wakil-wakil media, Majlis Pelancaran tersebut juga akan disiarkan secara langsung di FB Live KKM.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Mohd Fadil Sharif
Pegawai Perhubungan Awam
Tel: 019-6313535
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|