ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 27, 2024 -Rabu

 
 
 

Rabu 06/04/2022

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA SEMPENA LAWATAN KERJA YB DATUK SERI DR RONALD KIANDEE, MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN KE MARDI SABAH DAN SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA MARDI DAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Dimaklumkan YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan akan mengadakan lawatan kerja ke MARDI Kota Kinabalu, Sabah.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk diberi penerangan mengenai fungsi MARDI Sabah untuk pembangunan sektor pertanian negara agar terus kekal berdaya saing ke peringkat dunia melalui penjanaan teknologi dan pengetahuan inklusif dalam kelestarian sektor agromakanan dengan menerajui penyelidikan dan inovasi. Butiran lawatan tersebut adalah seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh: Khamis 7 April 2022

Masa: 11.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat: MARDI Kota Kinabalu, Jalan Teluk Sepanggar Menggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah


Program

11.00 Pagi : Ketibaan Jemputan

: Ketibaan Ahli Lembaga Pengelola MARDI

: Ketibaan YBhg Prof Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

: Ketibaan YBhg Datuk Badrul Hisham bin Mohd Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

: Ketibaan YBhg. Dato' Haslina bt Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan merangkap pengerusi Lembaga pengelola MARDI

11.30 Pagi : Ketibaan YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Menteri Pertanian dan Industri Makanan

: Lawatan ke Testbed MARDI Kota Kinabalu

: Lawatan ke Makmal Analisis MARDI

12.00 tengah hari : Ucapan aluan dan taklimat ringkas MARDI Sabah - Peranan MARDI Sabah kepada penduduk setempat melalui pemindahan teknologi

: Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman antara MARDI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

: Penyampaian Geran Rezeki Tani

: Penyampaian Cenderamata

: Sidang Media

: Tandangan buku pelawat

1.00 petang : Bersurai

Bersempena dengan lawatan itu juga, turut diadakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman diantara MARDI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai kerjasama bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kolaboratif mengenai pertanian pintar melalui pembangunan aplikasi sistem pemantauan berimej untuk prestasi pertumbuhan tanaman dalam kilang tanaman.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Nur Akmal binti Hassan
Tel: 019-455 3400

Nama: Pn Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.