|
|
|
|
|
|
Rabu 06/04/2022
SESI WEBINAR SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dengan tema Planet Kita, Kesihatan Kita: Ke Arah Udara, Air dan Makanan Yang Bersih #MasaDepanYangLebihSihat (Our Planet, Our Health: Clean our air, Water & Food #HealthierTomorrow). Sempena sambutan tersebut satu sesi webinar akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 7 April 2022
Masa : 4.00 petang
Aturcara
Sehubungan itu, mohon kerjasama wakil media agensi YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan yang akan membuat liputan dikehendaki mendaftar awal di
pautan https://wpro-who.zoom.us/webinar/register/WN_eXqZlKvsQAiSxRNZoSqb2Q selewat-lewatnya pada 6 April 2022 (Rabu) sebelum pukul 6.00 petang. Wakil media yang telah berjaya daftar di pautan pendaftaran tersebut, akan menerima pautan aplikasi zoom menerusi emel yang didaftarkan.
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: YBrs Dr. Juliana Paul
(Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam)
Tel: 03-8883 4015
Emel: juliana@moh.gov.my
Nama: Puan Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
(Pegawai Perhubungan Awam)
Tel: 012-211 2658
-BERNAMA |
|
|
|
|
|